Followers

Wednesday 23 January 2013

Ila datang lagiiii.. Tadaaaaaa!

Assalamualaikum.. Da lama kut..memang da lama sgt x update blog aku ni due to my memory was blocked n growing old wahahahah.. Siyesly aku lupa id ngn password snediri.. Sengal kannnn.. Ni pun aku tembak je tadi n xsangka plk betul :P.

So, tahun 2013 dah kita skang kan.. Aku pn da nk jejak umo 40 soon huhuhu~ tp aku hepi sbb femili msih ade di sisi.. Posting hr ni hanya lah sebagai percubaan.. Aku nk tgk hasilnye gi mana.. Almaklumlah, format pn mcm da baru.. Aku j yg makin lama n older huhuhu..

Akhir kata SALAM MAULIDURRASUL tuk kita semua.. ketahui lah bahawa nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW adalah manusia yg paling sempurna di dunia.. Ruginya kita x hidup di zaman baginda..Tp harap2 sunnah beliau kita teruskan slamanye.. Aku pun x la baik sgt tp siyesly aku in love dgn sifat dan keperibadian yg Allah berikan pd baginda Rasulullah.. Maha Suci Allah yg mengetahui sgalanya.. Allahuakbar!!

Sunday 21 August 2011

Rahsia tahi.. Tahi ape?... Tahi lalat da...

Assalamualaikum..

Hari ni kita bercakap psl tahi pulak.. Tp tahi ni tahi yg kebykan org suka.. Jgn la pk yg tut plak.. Mcm anak aku si Meen, nangis bila aku ckp "Adik ade tahi lalat kt pipi la.." sbb dia ingat, ada lalat da berakkan muka dia.. huahahaha.. Bila aku perhatikan, kbykn lelaki punya lebih byk tahi lalat berbanding perempuan.. Kdg2 leh gak pakai idea Meen, "Dorg xmandi la Umi, sbb tu lalat byk berak kt muka dorg..." ~ statement yg naif.. :)

Ape yg bakal aku share kan ni pun aku amik kt web j sbb aku mmg suke mende2 mcm ni.. Da jadi tabiat.. So, sesape yg nak tau maknenye tahi lalat kt anggota bdn korg tu, sila la rujuk kt sini.. Tp awas.. bace boleh, nk percaya 100% aku xgalak kan yer..


Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri

Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri

Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri

Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana 


Mcamane? Ade yg kena ngn korg..??? Salam ceria... :D

Wednesday 17 August 2011

Kiraan Keserasian Pasangan

Salam Nk Abis Ramadhan...

Maaf la.. Aku xde mood sgt nk update blog mahupun fb.. Malas? Mgkn... :). Tetibe hr ni tringin ler juge nk tgk mende yg da lame aku xjenguk.. Sedang menggatal jejari ni menaip dan mate ni men'searching'.. aku terjumpe satu page yg agak menarik yg pernah jd rujukan aku sblm berkawin. Mende ni sekadar panduan, xbermaksud pn nk suruh korg percaya tp aku sronok bila tgk keserasian aku ngn bakal hubby aku dulu... Kena tgk n phm betul2 sbb kalau skadar tgk sebelah mate, sampai sudah korg xphm. Yg paling penting, mesti tahu JAWI (bukan masuk JAWI ye.. hehe...) dan kira manually, kalkulator xleh yer..

Jawi Baris Depan = Markah 9
Jawi Baris Atas = Markah 8
Jawi Baris Bawah = Markah 5

Contoh:-
Nama Lelaki : Ahmad Azhar
Sebutan : Ah + mad + Az + har
Markah : 8 + 8 + 8 + 8
Jumlah : 32

Nama Perempuan : Arni Nazira
Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra
Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66

Mencari baki :-

Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

66 bahagi 9... baki ialah 3
66 bahagi 7... baki ialah 3
66 bahagi 5... baki ialah 1
66 bahagi 3... baki ialah 0

** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0- 


Kalau xphm jugak, korg bg j nama korg ngn pasangan korang kat aku, biar aku tolong kirakan.. ;)

Wednesday 20 July 2011

Anak Oh Anak !

Ini anak sulungku, Zaid Zabidi. FYI, nama itu adalah pilihan dia sendiri ketika dia msh dlm kandungan. Xpercaya? Hehehe... Yg sbenanya ms pregnen kn dia aku da listdownkn senarai nama2 yg sesuai. Biasa la ibu ngandung, mesti ade sesi berkomunikasi ngn bby kan.. Aku sebut semua nama2 yg aku da pilihkn dan bila nama Zaid Zabidi kuar, dia tendang2 perut aku sbg respon. So, lekatlah nama tu kat dia :). Spt yg pernah aku tulis sblm ni (dlm post Aku Dan Mereka), dia ni sentimental dan cengeng. Tp dia juga penyayang dan klaka. Rsnya dia lah bby yg paling xbyk karenah smsa dlm perut dan juge smsa kecil..

FYI, aku masih bekerja slps melahirkan dia, jd dia dijaga oleh mak aku yg tggl xjauh dr rmh sewa aku. Hb aku terus blaya bebrapa bln lps aku hbis pantang, so aku lebih byk berdikari. Mgkn sbb tu Zaid xbyk ragam sampai posisi tidurnya pn xberubah dr mlm smpai k pg. Malah dia xmeragam mntk susu  pn.. Pagi2 kalau dikejutkn tuk di bawa k rumah mak (drive Wira dgn tgn disebelah pegang dia dan sbelah lg pegang stereng.. ala, rmh mak pun beberapa ratus meter j dr rmh sewa aku :P), dia xmenangis sgt. Malah senyuman dan ketawanya sentiasa jd bekal aku tuk k pejabat. Mmg dia anak yg baik ~ sebak pulak bila diingat balik.. memori indah yg mmbahagiakn.

Very beautiful, a heart of gold , trustworthy, an angel , perfect ---> ini  makna nama Shasmeen yg aku jumpe dlm internet ms ngandungkn dia. Dan inilah ank aku yg kedua, Shasmeen Nurfaiqa. Keletah, notty, comel atau lebih popular dikalangan pakcik makcik dia sbg 'Budak Gemuk'. Dia xla gemuk pn tp dikalangan sepupu2 yg lain, bdn dia agak bsr sikit :).... Aku agak tertekan skit ms ngandungkn Meen. Ragamnya lain mcm. Awal kehamilan, kalau ms Zaid aku suke mnm jus carrot susu ngn jus oren, ms Meen, aku suke mkn buah oren plk. Kebetulan ms tu Chinese New Year, so byk juga la oren yg aku bedal. Pastu aku suka dgn bunga2an sampai ke tahap sanggup mkn kelopak bunga ros yg ofismate bwk dr Cameron Highlands.. Giler ah tp ms tu mmg suke sgt dgn bunga. Ngandungkn Meen, aku suke bersolek.. G opis mesti pakai lipstik. Xpakai rs xbest j so dlm pale otak aku da dpt rs aku bakal dpt ank pompuan (wpun doc scan kate lelaki huhuhu). Dr pertengahan sampai ke peringkat akhir ngandung, mcm2 yg terjadi, siap kena chicken pox lg. Syukur aku dah 5 bulan ms tu, so doc ckp, xde pape yg perlu dirisaukan unless kandungan berusia 5 bulan k bwh bru ade komplikasi.. Yg paling sedih, time bersalin, hb aku msh atas kpl.. Dia cume dpt balik 2 3 hr lps tu... Jd la drpd xde lgsg kan.. :)

Kini 2 org bdk inilah yg jadi pelengkap kami sekeluarga. Dorg sama2 bijak, sama2 nakal, sama2 comel dan kdg2 sama2 degil. Zaid lebih berdikari berbanding Meen yg masih 'melekat' dgn aku sampaikan xboleh ditinggalkn lgsg walau dgn mak aku sendiri. Kalau ditinggalkn juge, hp aku pasti berbunyi selang stengah jam sbb dia asik tanye bila aku nk balik uhuhu... 

Tp yg paling penting, anak2 aku sayangkan aku dan hb, pandai amik ati kami dan cepat sedar dan cepat minta maaf  bila melakukan kesalahan. Aku paling suke dgn jwpn dorg bila kami tanye siapa paling dorg sayang, umi atau ayah? Jawapan dorg pasti 'Zaid/Meen syg umi dengan ayah!' sesuatu yg xpernah kami ajar tp dorg sendiri yg fikirkan jwpnnye. :) Dorg ade gak tanye, bila dorg nk dpt adik? Aku jawap tunggu tuhan bg sbb aku tau aku ni jns yg xmudah nk lekat sbb aku da pernah keguguran sblm ngndungkan Zaid dan sblm ngandungkn Meen... so aku rs cukup la wat ms ni 2 org j dulu buat pengubat hati.. :)

Monday 18 July 2011

Mari Berlawak (koleksi dr lawak bersepah internet)

Lawak Suke
I suke kat U
Terpikat Bile tgk U senyum
Rasanye u lah org yang paling sesuai skali.................
I dah berbincang ngn mother I
Dia da setuju dah.............U macamane??
-
-
-
SUDI XJD ORG GAJI KAMI?? Wahahaha...

Miskin k?
Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.

"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Nenek Aku Kaya??
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek dah tak kuat lagi, nenek minta kamu sambung usahakan kebun nenek...

Rahmat : Jgn cakap mcm tu, nek... (dlm hati - tak sia2 aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek.
Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang ttg hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?
Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi passwordnya
Rahmat :lorrr...


Oh Gadis Rambut Perang
Seorang gadis berambut perang telah pergi ke sebuah kedai elektronik..

Gadis    : Saya ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, barang ini tidak di jual untuk orang berambut perang..
Gadis berambut perang itu segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata kepada penjualnya..
Gadis    : Saya ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Gadis itu berfikir.."Oh, dia masih mengenaliku'..lalu gadis itu melakukan perubahan 100% kepada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mewarnakannya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata besar.
Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai itu.. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,
Gadis    : Aku ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Kerana kecewa gadis itu bertanya..
Gadis    : Bagaimana kamu tahu aku yang berambut perang..
Penjual  : Kerana ini bukan TV tapi Microwave..~ sengal..

Ape Dia!!
Pada suatu seorang wanita bersama anaknya yg masih kcil mnaiki bas......
pemandu bas bkata...."Inilah bayi paling hodoh prnh saya jumpa......"
wanita itu terus marah kpd pemandu bas tersebut dan trus mnuju k tmpat duduk
seorang pmuda nampak wanita tersebut dan mendekatinya ...
dia bertanya ..."knapa kakak marah?"
"pemandu bas yg membuatkn saya marah...saya x puas hati..."
"xpa kakak..pergilah pukul pemandu bas tersebut...."
"ok..kakak hendak pergilah ni..."
"xpa kakak pergilah....biar saya tolong pegang MONYET  kakak......" :P

Wednesday 13 July 2011

Kejutan!!

Salam Sejahtera.. Disampaikan berita nasional bla bla bla.....

Terkejut?.. Ala.. tajuk pun kejutan. Aku bukan nk sampaikan berita k ape ke.. cume membincang topik kite pd hari ini iaitu KEJUTAN atau kate omputeh - SURPRISE!!!

Ada org suke kejutan.. Ada juga yg xsuke. Aku?? Lebih byk membuat kejutan dr mdpt kejutan (dpt kejutan letrik tu slalu la).. Ntah lah.. pada aku membuat kejutan tuk org tersayang beri satu kepuasan. Riak terkejut dan gembira yg terpancar di wajah dorg buat kita pun turut merasa kegembiraan mereka. Aku puas andai dpt beri kejutan walaupun ianya skadar kejutan kecil. Xsemestinye kejutan mahal atau besar2an. Contohnya, membeli mknn kegemaran tuk org tersayang pn dah dikira kejutan kn... Tapi jgn la beri kejutan yg negatif plk... Kejutan sampai mati sakit jantung plk org yg dibuat kejutan tu.. Itu da ekstrem sgt. Maksud aku, kejutan yg baik shj ye.

Saturday 9 July 2011

BERSIH.. Bersih sgt k?

Semalam cadangnya nk g rumah mak kt Taman Medan PJ.. Tp ALANGKAH alangkah bengangnya bila sume jln very the jammed. Masuk Kesas jammed, masuk Federal jammed, masuk short cut memane pn jammed!!!! Bengang betul mak, nok!!! Geram nya psl kitorg patah balik k Shah Alam n terus balik Klang. Ni sume gara2 perarakan haram tu la. Dah kate xboleh, xboleh la.. Nape degil sgt?? Xkn xphm Bahasa Melayu kut? Kan derhaka namanya melanggar titah Duli Yang Maha Mulia.. Yang susah sape? Rakyat biasa mcm kitorg ni la. Kesian gile kt sesape yg buat kenduri smlm.. Habis budget dorg tuk tetamu 500 k 1000 org tp yg dpt dtg cume 200 k 300 je sbb xbrani atau sangkut dlm kesesakan. Nak salahkan polis? Memang la xptt. Ape korg ingat dorg sronok k nk dok kt tmpt pns terik mengawal keadaan.. Haish!! Aku pulak yg angin..........

Bila baca paper hari ni, aku jd PANAZZZZ... boleh menang award pelakon lelaki terbaik la org ber Janggut tu. Lelebih plk dia sakit yer.. Dah tau xsihat dok rumah leklok dah la.. Kalau takat nk tunjuk muke tanda ko konon jantan sgt sbb turut serta dlm perarakan yg ko dok plan ngn si Ambiga tu, baik xpayah. Pelik plk bila ko xlak kna tangkap skali?? Kejap j ko berarak dah masuk spital? Chicken run la tu. Penyokong fanatik plk xabis2 menangkn idola dorg.. Ape yg korg dpt? Mmg elok ada pendapt sendiri, berpendirian namanya. Tp kalau siap bwk ank kecik join skali perarakan yg sah2 HARAM, apekemendenye tu? Ya Allah.. Guna la akal fikiran yg Allah bg. Tmpt dorg bukan kt situ. Kan lebih elok korg bwk dorg beriadah seisi kuarge. Ish ish ish...

Aku bengang sgt ni bukan ape. Korg punye psl, org lain yg ssh tau. Ssh sgt2. Sdah2 la ngn 'Reformasi' korg tu.. Aku rs stakat ni Alhamdulillah, Malaysia ok ape... Mmg sgt2 la ok nya.. Tp disebabbkn ketamakan dan agenda org2 tertentu, rakyat yg jd mangsa. Mcm ayah aku sndiri. Diapun penyokong fanatik pembangkang jgk.. dan aku cukup xsuka bila ade je perkataan kotor yg kluar dr mulut dia bile sesekali dia bukak cite ttg kerajaan.  Dan slalunye kitorg xckp papepun sbb xmau dia ckp lelebih . Sume ni gara2 sape? Gara2 terpengaruh ngn penceramah pembangkang la tu. Perkataan2 kotor tu rsnya dtg pun dr mulut org Melayu yg mmberi ceramah itu sendiri. Buat malu kaum j. Ceramah, carut, maki hamun... Mulia sgt k mcm tu.. Aduyai!!

Tolong la.. keamanan negara jgn la dicabar. Mgkn ade kepincangan tp slagi xmemudaratkan rakyat, same2 kite boleh perbetulkan dgn muafakat bukan demonstrasi jalanan yg memburukkan keadaan. Aku xnk dan cukup takut dek kerana terlalu mengikut perasaan nnti, negara akn jd same j mcm negara2 yg lain tu.. Skit2 demo, skit2 demo.. sudahnya, kemusnahan juga yg menimpa, Nauzubillah.. Fikir2kan dan slamat kan lah negara dr sebarang anasir2 yg x baik, AMIN!!

Wednesday 6 July 2011

Bila mendung...

Assalamualaikum... Hmm... Sudah Khamis ya.. Sok Jumaat.. liplapliplap.. kejap j ms berlalu kan..

Kat sini mendung la.. Xtau la ujan k x. Kalau ujan, bgus gak sbb area sini jerebunya teruk sgt menjelang pagi n tgh mlm. Pagi2 da kena cium bau yg x menyenangkan (bau asap jerebu la, xkn bau KFC plk).. Tambah xbest bila hb aku pun turut menyumbangtambahkan pengeluaran asap rokoknya.. huhu.. xsuke tau..

Ingatkn mendung2 mcm ni ade la idea aku nk menulis, tp haram.. Kepala otak aku pun same mendung jgk.. ish ish.. ngapain sih? Hmm... ape kate kite layan lagu j la.. Sebbek puase hr ni (puasa ganti..huhu), kalau x, leh gak dnga lgu sambil hirup kopi n mkn mi sedap.. uish.. sedapnya.. slurrpp... Haishhh!! Org pose kena kuat iman maa..... atoii



 

Monday 4 July 2011

Aku dan mereka....

Mane2 couple yg baru kawen pasti mahukan permata hati tanda cinta. Tp xtau la pada era skarang yg msg2 laki bini bz kejar cita2 msg2 sampai siap plan nk ank tahun bila dsbgnya. Aku msh dlm kategori konservatif, excited nkkn hasil 'kacukan' kami laki bini.. Kalau boleh secpt kilat kakakkaa...

2 bulan lps kawen, aku berpeluang ikut hb blaya slama 2 bulan lps boss bg cuti tanpa gaji. FYI, boss aku antara manusia paling bertimbang rasa kt planet ni walaupun berlainan bangsa (sementalah aku merupakan staff melayu pertama kt opis tu). Dari aku la dia mula men'jinak'kan diri berbahasa melayu walaupun msh pekat pelat cinanye hahahha.. Tks very much my dear x-boss. Berbalik pd 'pengembaraan' aku, ikut nek kpl merupakan pengalaman yg xkan aku lupakan.. Seronok, seriau, gayat, jakun dan sbgnya lengkap mengisi hati. Lautan terbentang luas dgn alunan kpl dipukul ombak cukup buat aku serik nk naik lagi.. Xsggp aku menahan mabuk laut smpaikn menu2 lazat yg dihidang chef kt kpl, xteringin aku nk menjamahnya. Jgn kate aku, rupe2nye kate hb, msh ade lg ank kpl yg sampai merangkak masuk k kabin msg2 sbb xthn mabuk huhu... Tp, ade part yg sronok, bila kpl da berlabuh kt port sbb aku berpeluang jejakkan kaki k tmpt2 yg xpernah aku impikn nk pergi spt Barcelona, La Spezia, Mongkok, Pusan cume kt Jepun aku dpt tgk dr tgkp kpl j sbb ade ank kpl wat hal, smuggle pelarian huhu.. Xpsl2 kpl kami masuk berita kt tv Jepun. Kna banned lg huhu.. siut tul! At least aku ada pengalaman tu, korg ada??? Hahahahaa.. Jgn marah ha.

Balik dr kpl (hb msh di kpl), aku disahkan pregnen. Berita yg amat menggembirakn buat kami berdua tp tuk sementara sbb aku keguguran waktu kandungan berusia sebulan lbh (11 nov 2001). Sedih? Eh, mestilah.. dah la hb jauh di mata huhuhu... Sebbaik msh tggl kt umh mak, kalau x, lg sedih aku dibuatnye... Tp Alhamdulillah, rezki msh menyebelahi. Aku pregnen lg dan dijangka bersalin nov 2002. Syukur sgt2. Tambah hb ade di sisi di awal kehamilan, makin berbunga hati dan perasaan. Sape setuju kalau aku ckp time pregnen adalah time kite dilayan sperti puteri? Sbb itu lah yg aku rs spanjang tempoh kehamilan ank sulungku. Aku terharu dgn layanan hb dan sokongan kuarga di saat hb tiada di sisi dlm tempoh pertengahan kehamilan ku.. Alahan? Hmm.. Ank sulung ku xbyk meragam. 3 bulan pertama biasalah, muntah2, xlalu mkn but after that dah ok... Rs bersemangat j carry him in my tummy. Mother's instinct, aku dpt agak, bby 1st ni adalah boy. Gpun org keliling ckp muka aku berseri j during pregnancy. Aku x suke mekap, even lipstik or bedak, lgsg aku xpakai ms pregnan. Habit aku, lps solat maghrib, aku mesti tidur kejap.. every day mcm tu sampai la nk bersalin. Ckp hal bersalin, ha.. ade skit ngeri gak la pd aku.. kalau korg tau kembar darah, korg phm la maksud aku..


Xtahu dah bape bulan ms ni... Asalkan nmpk perut suda...

Alamak... bateri lappy dah kong... Nnti aku sambung balik la ye...FYI, aku dlm perjalanan k rmh mak ni, sj nk buang ms n mkn free kt sna hahahha.. Maklum la, aku ni kan 'rajin' msk kan bang kan (menjeling hb kt sbelah hehehe) - Adios amigos.. ^-^

Sunday 3 July 2011

Aduyai!!

Salam...


Lama xblogging.. pale jd blur terus. Bila idea tgh mencurah, Maxis bodben plk wat hal.. Hai la Telekom.. Bila la korg nk masukkan Streamyx kami ni.. Kitorg bkn tggl kt utan sampai korg xleh nk trace tmpt ni.. Apekejadahnya sume ini?! Hehehe..

2 mggu sudah, aku agak sibuk ngn kenduri adik aku yg second last.. Ni pun bru nk berehat lps balik dr Bukit Goh, Kuantan anta dia ke sana.. Mmg memenatkan tp hepi sbb adik da dpt kebahagiaan nye.. Siti Mariam adikku, moge korang kekal ke akhir hayat, AMIN.. Jgn gado2 lg tau :P.

Siti Mariam dgn Khairul Nizam wt Meen (ank umi yg tomei..hehe) and Alia as their Flower Girls
Wat keje kawin n berkawin bukan satu tugas mudah ye tuan puan.. Ia memerlukan komitmen dan smangat yg jitu tuk melaksanakan misi tersebut.. ewah.. mcm pidato la pulak.. Tp betul la kan.. Sape setuju, angkat tgn mcm saya ~ dgn gaya Usop Wilcha..

Aduyai.. mmg aku tgh xde idea.. Penat pulak pale ni nk pk pas ni nk tulis ape.. Disebabkan itu.. terpakse la aku meng'gostan'kn diri dulu ye.. Sori la kalau very the short sbb otak mak tgh shot ni nok.. huhu.. love korg yg bace.. yg xbace pun aku love jgk la.. Muahhhxxx!! <--- pale tgh shot mmg cenggini la :P

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers