Followers

Sunday 21 August 2011

Rahsia tahi.. Tahi ape?... Tahi lalat da...

Assalamualaikum..

Hari ni kita bercakap psl tahi pulak.. Tp tahi ni tahi yg kebykan org suka.. Jgn la pk yg tut plak.. Mcm anak aku si Meen, nangis bila aku ckp "Adik ade tahi lalat kt pipi la.." sbb dia ingat, ada lalat da berakkan muka dia.. huahahaha.. Bila aku perhatikan, kbykn lelaki punya lebih byk tahi lalat berbanding perempuan.. Kdg2 leh gak pakai idea Meen, "Dorg xmandi la Umi, sbb tu lalat byk berak kt muka dorg..." ~ statement yg naif.. :)

Ape yg bakal aku share kan ni pun aku amik kt web j sbb aku mmg suke mende2 mcm ni.. Da jadi tabiat.. So, sesape yg nak tau maknenye tahi lalat kt anggota bdn korg tu, sila la rujuk kt sini.. Tp awas.. bace boleh, nk percaya 100% aku xgalak kan yer..


Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri

Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri

Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri

Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana 


Mcamane? Ade yg kena ngn korg..??? Salam ceria... :D

Wednesday 17 August 2011

Kiraan Keserasian Pasangan

Salam Nk Abis Ramadhan...

Maaf la.. Aku xde mood sgt nk update blog mahupun fb.. Malas? Mgkn... :). Tetibe hr ni tringin ler juge nk tgk mende yg da lame aku xjenguk.. Sedang menggatal jejari ni menaip dan mate ni men'searching'.. aku terjumpe satu page yg agak menarik yg pernah jd rujukan aku sblm berkawin. Mende ni sekadar panduan, xbermaksud pn nk suruh korg percaya tp aku sronok bila tgk keserasian aku ngn bakal hubby aku dulu... Kena tgk n phm betul2 sbb kalau skadar tgk sebelah mate, sampai sudah korg xphm. Yg paling penting, mesti tahu JAWI (bukan masuk JAWI ye.. hehe...) dan kira manually, kalkulator xleh yer..

Jawi Baris Depan = Markah 9
Jawi Baris Atas = Markah 8
Jawi Baris Bawah = Markah 5

Contoh:-
Nama Lelaki : Ahmad Azhar
Sebutan : Ah + mad + Az + har
Markah : 8 + 8 + 8 + 8
Jumlah : 32

Nama Perempuan : Arni Nazira
Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra
Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66

Mencari baki :-

Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

66 bahagi 9... baki ialah 3
66 bahagi 7... baki ialah 3
66 bahagi 5... baki ialah 1
66 bahagi 3... baki ialah 0

** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0- 


Kalau xphm jugak, korg bg j nama korg ngn pasangan korang kat aku, biar aku tolong kirakan.. ;)

Wednesday 20 July 2011

Anak Oh Anak !

Ini anak sulungku, Zaid Zabidi. FYI, nama itu adalah pilihan dia sendiri ketika dia msh dlm kandungan. Xpercaya? Hehehe... Yg sbenanya ms pregnen kn dia aku da listdownkn senarai nama2 yg sesuai. Biasa la ibu ngandung, mesti ade sesi berkomunikasi ngn bby kan.. Aku sebut semua nama2 yg aku da pilihkn dan bila nama Zaid Zabidi kuar, dia tendang2 perut aku sbg respon. So, lekatlah nama tu kat dia :). Spt yg pernah aku tulis sblm ni (dlm post Aku Dan Mereka), dia ni sentimental dan cengeng. Tp dia juga penyayang dan klaka. Rsnya dia lah bby yg paling xbyk karenah smsa dlm perut dan juge smsa kecil..

FYI, aku masih bekerja slps melahirkan dia, jd dia dijaga oleh mak aku yg tggl xjauh dr rmh sewa aku. Hb aku terus blaya bebrapa bln lps aku hbis pantang, so aku lebih byk berdikari. Mgkn sbb tu Zaid xbyk ragam sampai posisi tidurnya pn xberubah dr mlm smpai k pg. Malah dia xmeragam mntk susu  pn.. Pagi2 kalau dikejutkn tuk di bawa k rumah mak (drive Wira dgn tgn disebelah pegang dia dan sbelah lg pegang stereng.. ala, rmh mak pun beberapa ratus meter j dr rmh sewa aku :P), dia xmenangis sgt. Malah senyuman dan ketawanya sentiasa jd bekal aku tuk k pejabat. Mmg dia anak yg baik ~ sebak pulak bila diingat balik.. memori indah yg mmbahagiakn.

Very beautiful, a heart of gold , trustworthy, an angel , perfect ---> ini  makna nama Shasmeen yg aku jumpe dlm internet ms ngandungkn dia. Dan inilah ank aku yg kedua, Shasmeen Nurfaiqa. Keletah, notty, comel atau lebih popular dikalangan pakcik makcik dia sbg 'Budak Gemuk'. Dia xla gemuk pn tp dikalangan sepupu2 yg lain, bdn dia agak bsr sikit :).... Aku agak tertekan skit ms ngandungkn Meen. Ragamnya lain mcm. Awal kehamilan, kalau ms Zaid aku suke mnm jus carrot susu ngn jus oren, ms Meen, aku suke mkn buah oren plk. Kebetulan ms tu Chinese New Year, so byk juga la oren yg aku bedal. Pastu aku suka dgn bunga2an sampai ke tahap sanggup mkn kelopak bunga ros yg ofismate bwk dr Cameron Highlands.. Giler ah tp ms tu mmg suke sgt dgn bunga. Ngandungkn Meen, aku suke bersolek.. G opis mesti pakai lipstik. Xpakai rs xbest j so dlm pale otak aku da dpt rs aku bakal dpt ank pompuan (wpun doc scan kate lelaki huhuhu). Dr pertengahan sampai ke peringkat akhir ngandung, mcm2 yg terjadi, siap kena chicken pox lg. Syukur aku dah 5 bulan ms tu, so doc ckp, xde pape yg perlu dirisaukan unless kandungan berusia 5 bulan k bwh bru ade komplikasi.. Yg paling sedih, time bersalin, hb aku msh atas kpl.. Dia cume dpt balik 2 3 hr lps tu... Jd la drpd xde lgsg kan.. :)

Kini 2 org bdk inilah yg jadi pelengkap kami sekeluarga. Dorg sama2 bijak, sama2 nakal, sama2 comel dan kdg2 sama2 degil. Zaid lebih berdikari berbanding Meen yg masih 'melekat' dgn aku sampaikan xboleh ditinggalkn lgsg walau dgn mak aku sendiri. Kalau ditinggalkn juge, hp aku pasti berbunyi selang stengah jam sbb dia asik tanye bila aku nk balik uhuhu... 

Tp yg paling penting, anak2 aku sayangkan aku dan hb, pandai amik ati kami dan cepat sedar dan cepat minta maaf  bila melakukan kesalahan. Aku paling suke dgn jwpn dorg bila kami tanye siapa paling dorg sayang, umi atau ayah? Jawapan dorg pasti 'Zaid/Meen syg umi dengan ayah!' sesuatu yg xpernah kami ajar tp dorg sendiri yg fikirkan jwpnnye. :) Dorg ade gak tanye, bila dorg nk dpt adik? Aku jawap tunggu tuhan bg sbb aku tau aku ni jns yg xmudah nk lekat sbb aku da pernah keguguran sblm ngndungkan Zaid dan sblm ngandungkn Meen... so aku rs cukup la wat ms ni 2 org j dulu buat pengubat hati.. :)

Monday 18 July 2011

Mari Berlawak (koleksi dr lawak bersepah internet)

Lawak Suke
I suke kat U
Terpikat Bile tgk U senyum
Rasanye u lah org yang paling sesuai skali.................
I dah berbincang ngn mother I
Dia da setuju dah.............U macamane??
-
-
-
SUDI XJD ORG GAJI KAMI?? Wahahaha...

Miskin k?
Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.

"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Nenek Aku Kaya??
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek dah tak kuat lagi, nenek minta kamu sambung usahakan kebun nenek...

Rahmat : Jgn cakap mcm tu, nek... (dlm hati - tak sia2 aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek.
Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang ttg hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?
Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi passwordnya
Rahmat :lorrr...


Oh Gadis Rambut Perang
Seorang gadis berambut perang telah pergi ke sebuah kedai elektronik..

Gadis    : Saya ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, barang ini tidak di jual untuk orang berambut perang..
Gadis berambut perang itu segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata kepada penjualnya..
Gadis    : Saya ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Gadis itu berfikir.."Oh, dia masih mengenaliku'..lalu gadis itu melakukan perubahan 100% kepada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mewarnakannya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata besar.
Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai itu.. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,
Gadis    : Aku ingin membeli TV ini..
Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..
Kerana kecewa gadis itu bertanya..
Gadis    : Bagaimana kamu tahu aku yang berambut perang..
Penjual  : Kerana ini bukan TV tapi Microwave..~ sengal..

Ape Dia!!
Pada suatu seorang wanita bersama anaknya yg masih kcil mnaiki bas......
pemandu bas bkata...."Inilah bayi paling hodoh prnh saya jumpa......"
wanita itu terus marah kpd pemandu bas tersebut dan trus mnuju k tmpat duduk
seorang pmuda nampak wanita tersebut dan mendekatinya ...
dia bertanya ..."knapa kakak marah?"
"pemandu bas yg membuatkn saya marah...saya x puas hati..."
"xpa kakak..pergilah pukul pemandu bas tersebut...."
"ok..kakak hendak pergilah ni..."
"xpa kakak pergilah....biar saya tolong pegang MONYET  kakak......" :P

Wednesday 13 July 2011

Kejutan!!

Salam Sejahtera.. Disampaikan berita nasional bla bla bla.....

Terkejut?.. Ala.. tajuk pun kejutan. Aku bukan nk sampaikan berita k ape ke.. cume membincang topik kite pd hari ini iaitu KEJUTAN atau kate omputeh - SURPRISE!!!

Ada org suke kejutan.. Ada juga yg xsuke. Aku?? Lebih byk membuat kejutan dr mdpt kejutan (dpt kejutan letrik tu slalu la).. Ntah lah.. pada aku membuat kejutan tuk org tersayang beri satu kepuasan. Riak terkejut dan gembira yg terpancar di wajah dorg buat kita pun turut merasa kegembiraan mereka. Aku puas andai dpt beri kejutan walaupun ianya skadar kejutan kecil. Xsemestinye kejutan mahal atau besar2an. Contohnya, membeli mknn kegemaran tuk org tersayang pn dah dikira kejutan kn... Tapi jgn la beri kejutan yg negatif plk... Kejutan sampai mati sakit jantung plk org yg dibuat kejutan tu.. Itu da ekstrem sgt. Maksud aku, kejutan yg baik shj ye.

Saturday 9 July 2011

BERSIH.. Bersih sgt k?

Semalam cadangnya nk g rumah mak kt Taman Medan PJ.. Tp ALANGKAH alangkah bengangnya bila sume jln very the jammed. Masuk Kesas jammed, masuk Federal jammed, masuk short cut memane pn jammed!!!! Bengang betul mak, nok!!! Geram nya psl kitorg patah balik k Shah Alam n terus balik Klang. Ni sume gara2 perarakan haram tu la. Dah kate xboleh, xboleh la.. Nape degil sgt?? Xkn xphm Bahasa Melayu kut? Kan derhaka namanya melanggar titah Duli Yang Maha Mulia.. Yang susah sape? Rakyat biasa mcm kitorg ni la. Kesian gile kt sesape yg buat kenduri smlm.. Habis budget dorg tuk tetamu 500 k 1000 org tp yg dpt dtg cume 200 k 300 je sbb xbrani atau sangkut dlm kesesakan. Nak salahkan polis? Memang la xptt. Ape korg ingat dorg sronok k nk dok kt tmpt pns terik mengawal keadaan.. Haish!! Aku pulak yg angin..........

Bila baca paper hari ni, aku jd PANAZZZZ... boleh menang award pelakon lelaki terbaik la org ber Janggut tu. Lelebih plk dia sakit yer.. Dah tau xsihat dok rumah leklok dah la.. Kalau takat nk tunjuk muke tanda ko konon jantan sgt sbb turut serta dlm perarakan yg ko dok plan ngn si Ambiga tu, baik xpayah. Pelik plk bila ko xlak kna tangkap skali?? Kejap j ko berarak dah masuk spital? Chicken run la tu. Penyokong fanatik plk xabis2 menangkn idola dorg.. Ape yg korg dpt? Mmg elok ada pendapt sendiri, berpendirian namanya. Tp kalau siap bwk ank kecik join skali perarakan yg sah2 HARAM, apekemendenye tu? Ya Allah.. Guna la akal fikiran yg Allah bg. Tmpt dorg bukan kt situ. Kan lebih elok korg bwk dorg beriadah seisi kuarge. Ish ish ish...

Aku bengang sgt ni bukan ape. Korg punye psl, org lain yg ssh tau. Ssh sgt2. Sdah2 la ngn 'Reformasi' korg tu.. Aku rs stakat ni Alhamdulillah, Malaysia ok ape... Mmg sgt2 la ok nya.. Tp disebabbkn ketamakan dan agenda org2 tertentu, rakyat yg jd mangsa. Mcm ayah aku sndiri. Diapun penyokong fanatik pembangkang jgk.. dan aku cukup xsuka bila ade je perkataan kotor yg kluar dr mulut dia bile sesekali dia bukak cite ttg kerajaan.  Dan slalunye kitorg xckp papepun sbb xmau dia ckp lelebih . Sume ni gara2 sape? Gara2 terpengaruh ngn penceramah pembangkang la tu. Perkataan2 kotor tu rsnya dtg pun dr mulut org Melayu yg mmberi ceramah itu sendiri. Buat malu kaum j. Ceramah, carut, maki hamun... Mulia sgt k mcm tu.. Aduyai!!

Tolong la.. keamanan negara jgn la dicabar. Mgkn ade kepincangan tp slagi xmemudaratkan rakyat, same2 kite boleh perbetulkan dgn muafakat bukan demonstrasi jalanan yg memburukkan keadaan. Aku xnk dan cukup takut dek kerana terlalu mengikut perasaan nnti, negara akn jd same j mcm negara2 yg lain tu.. Skit2 demo, skit2 demo.. sudahnya, kemusnahan juga yg menimpa, Nauzubillah.. Fikir2kan dan slamat kan lah negara dr sebarang anasir2 yg x baik, AMIN!!

Wednesday 6 July 2011

Bila mendung...

Assalamualaikum... Hmm... Sudah Khamis ya.. Sok Jumaat.. liplapliplap.. kejap j ms berlalu kan..

Kat sini mendung la.. Xtau la ujan k x. Kalau ujan, bgus gak sbb area sini jerebunya teruk sgt menjelang pagi n tgh mlm. Pagi2 da kena cium bau yg x menyenangkan (bau asap jerebu la, xkn bau KFC plk).. Tambah xbest bila hb aku pun turut menyumbangtambahkan pengeluaran asap rokoknya.. huhu.. xsuke tau..

Ingatkn mendung2 mcm ni ade la idea aku nk menulis, tp haram.. Kepala otak aku pun same mendung jgk.. ish ish.. ngapain sih? Hmm... ape kate kite layan lagu j la.. Sebbek puase hr ni (puasa ganti..huhu), kalau x, leh gak dnga lgu sambil hirup kopi n mkn mi sedap.. uish.. sedapnya.. slurrpp... Haishhh!! Org pose kena kuat iman maa..... atoii



 

Monday 4 July 2011

Aku dan mereka....

Mane2 couple yg baru kawen pasti mahukan permata hati tanda cinta. Tp xtau la pada era skarang yg msg2 laki bini bz kejar cita2 msg2 sampai siap plan nk ank tahun bila dsbgnya. Aku msh dlm kategori konservatif, excited nkkn hasil 'kacukan' kami laki bini.. Kalau boleh secpt kilat kakakkaa...

2 bulan lps kawen, aku berpeluang ikut hb blaya slama 2 bulan lps boss bg cuti tanpa gaji. FYI, boss aku antara manusia paling bertimbang rasa kt planet ni walaupun berlainan bangsa (sementalah aku merupakan staff melayu pertama kt opis tu). Dari aku la dia mula men'jinak'kan diri berbahasa melayu walaupun msh pekat pelat cinanye hahahha.. Tks very much my dear x-boss. Berbalik pd 'pengembaraan' aku, ikut nek kpl merupakan pengalaman yg xkan aku lupakan.. Seronok, seriau, gayat, jakun dan sbgnya lengkap mengisi hati. Lautan terbentang luas dgn alunan kpl dipukul ombak cukup buat aku serik nk naik lagi.. Xsggp aku menahan mabuk laut smpaikn menu2 lazat yg dihidang chef kt kpl, xteringin aku nk menjamahnya. Jgn kate aku, rupe2nye kate hb, msh ade lg ank kpl yg sampai merangkak masuk k kabin msg2 sbb xthn mabuk huhu... Tp, ade part yg sronok, bila kpl da berlabuh kt port sbb aku berpeluang jejakkan kaki k tmpt2 yg xpernah aku impikn nk pergi spt Barcelona, La Spezia, Mongkok, Pusan cume kt Jepun aku dpt tgk dr tgkp kpl j sbb ade ank kpl wat hal, smuggle pelarian huhu.. Xpsl2 kpl kami masuk berita kt tv Jepun. Kna banned lg huhu.. siut tul! At least aku ada pengalaman tu, korg ada??? Hahahahaa.. Jgn marah ha.

Balik dr kpl (hb msh di kpl), aku disahkan pregnen. Berita yg amat menggembirakn buat kami berdua tp tuk sementara sbb aku keguguran waktu kandungan berusia sebulan lbh (11 nov 2001). Sedih? Eh, mestilah.. dah la hb jauh di mata huhuhu... Sebbaik msh tggl kt umh mak, kalau x, lg sedih aku dibuatnye... Tp Alhamdulillah, rezki msh menyebelahi. Aku pregnen lg dan dijangka bersalin nov 2002. Syukur sgt2. Tambah hb ade di sisi di awal kehamilan, makin berbunga hati dan perasaan. Sape setuju kalau aku ckp time pregnen adalah time kite dilayan sperti puteri? Sbb itu lah yg aku rs spanjang tempoh kehamilan ank sulungku. Aku terharu dgn layanan hb dan sokongan kuarga di saat hb tiada di sisi dlm tempoh pertengahan kehamilan ku.. Alahan? Hmm.. Ank sulung ku xbyk meragam. 3 bulan pertama biasalah, muntah2, xlalu mkn but after that dah ok... Rs bersemangat j carry him in my tummy. Mother's instinct, aku dpt agak, bby 1st ni adalah boy. Gpun org keliling ckp muka aku berseri j during pregnancy. Aku x suke mekap, even lipstik or bedak, lgsg aku xpakai ms pregnan. Habit aku, lps solat maghrib, aku mesti tidur kejap.. every day mcm tu sampai la nk bersalin. Ckp hal bersalin, ha.. ade skit ngeri gak la pd aku.. kalau korg tau kembar darah, korg phm la maksud aku..


Xtahu dah bape bulan ms ni... Asalkan nmpk perut suda...

Alamak... bateri lappy dah kong... Nnti aku sambung balik la ye...FYI, aku dlm perjalanan k rmh mak ni, sj nk buang ms n mkn free kt sna hahahha.. Maklum la, aku ni kan 'rajin' msk kan bang kan (menjeling hb kt sbelah hehehe) - Adios amigos.. ^-^

Sunday 3 July 2011

Aduyai!!

Salam...


Lama xblogging.. pale jd blur terus. Bila idea tgh mencurah, Maxis bodben plk wat hal.. Hai la Telekom.. Bila la korg nk masukkan Streamyx kami ni.. Kitorg bkn tggl kt utan sampai korg xleh nk trace tmpt ni.. Apekejadahnya sume ini?! Hehehe..

2 mggu sudah, aku agak sibuk ngn kenduri adik aku yg second last.. Ni pun bru nk berehat lps balik dr Bukit Goh, Kuantan anta dia ke sana.. Mmg memenatkan tp hepi sbb adik da dpt kebahagiaan nye.. Siti Mariam adikku, moge korang kekal ke akhir hayat, AMIN.. Jgn gado2 lg tau :P.

Siti Mariam dgn Khairul Nizam wt Meen (ank umi yg tomei..hehe) and Alia as their Flower Girls
Wat keje kawin n berkawin bukan satu tugas mudah ye tuan puan.. Ia memerlukan komitmen dan smangat yg jitu tuk melaksanakan misi tersebut.. ewah.. mcm pidato la pulak.. Tp betul la kan.. Sape setuju, angkat tgn mcm saya ~ dgn gaya Usop Wilcha..

Aduyai.. mmg aku tgh xde idea.. Penat pulak pale ni nk pk pas ni nk tulis ape.. Disebabkan itu.. terpakse la aku meng'gostan'kn diri dulu ye.. Sori la kalau very the short sbb otak mak tgh shot ni nok.. huhu.. love korg yg bace.. yg xbace pun aku love jgk la.. Muahhhxxx!! <--- pale tgh shot mmg cenggini la :P

Monday 20 June 2011

memori 'daun pisang' part II

Salamss....

Mcm yg dijanjikan, aku sambung balik cite aku (walaupun xde yg kisah.. ~ ade aku kisah? hehe)..
Tp sblm tu aku nk gtau la. Tujuan aku wat blog ni hanyalah sekadar mengisi ms dan ngimbau semula kisah2 lame (yg aku ingat jee..). Gpun sharing is caring.. Ha, yo lah tu! Kui kui kui... Ade gak komen yg kate aku lawak. Mmg aku ni pelawak pn tp xla sampai ke tahap leh masuk Raja Lawak.. Aku suka buat org ketawa sbb aku pn kuat ketawa (walaupun sbenanye hati aku ni tebal ke'sentimental' nye - sensitif xbertempat pn ye)... Ketawa penawar duka. Ketawa lelebih plk org kate giler.. So berpada2 j ler.. Mekasih pd yg sudi membaca.. Like korg sume :).

Cincin di sarung k jari.. Sweetnyer memori... :)

Alkisah aku lepas bertunang... Jeng jeng jeng...
Bersama kotak manik yg dibuat sendiri oleh hubby tersayang..


Sebenanya lebih kurang j ngn kisah korg kut :P. Aku bertunang ms hubby aku jauhhh nun di tgh laut.. Sayu gak la hati bile tgk hasil tgn yg hubby buat (kotak brg kemas dr manik tp ms hantaran dorg isi coklat xsilap). Kalau nk tahu hubby aku ni kreatif gak la ms tu (diulang.. masa tu ye, masa skarang hmmm ntah la kakakaka). Jd kebykan hantaran tunang dr belah dia mmg dia buat sendiri. Smangat nk berbini la katakan hahhaha.. Skurang2nya terubat la skit kesedihan kami bila ketiadaan dia ms majlis berlangsung. Sonok sbenanye bila diri dah sah terikat ngn someone tau... Rs secure sesgt.. Bercinta sakan la pastu.. Berkoyan2 surat-suratan bertukar tgn. Mcm2 la yg ada.. Maklum lah.. smangat tgh membara.. Nangis rindu jgn ckp lah... Skali-skala kpl masuk Port Klang, ms tu la peluang kami berjumpa.. Adik2 aku la slalu jd mangsa sbg bodyguard nya.. Dorg pn suka.. tp tu dulu... Ms jakun xpernah naik kpl. Skarang, aku ajak temankn pun payah.. Dah boring la tu.. huhuhu..
Malam berinai belah aku
Di belah hubby.. Posing yg xjadi.. huhuhu


Lama gak la kami bertunang.. Bulan Mac 2000 tunang.. bulan Jun 2001 kawen sbb ikut kontrak blaya n ligat kumpul duit memasing. Tp Alhamdulillah, majlis perkahwinan kami meriah walaupun sederhana. Cuma yg xmeriahnya bila mekap aku ms sanding hari tu dah mcm hantu cina sampaikan hubby ms Pngantin Pompuan (aku le tu) dtg nyambut dia, smpt berbisik..."Kenapa muka jd macam tu??"" Huwaaargghhhhhhh.... Cilaka punye pak andam... Sebbek ko dpt pengantin yg xreti nk komplen mcm aku, wat nya ko dpt yg laser, punah bisnes ko tau!.. Xper la kan.. dah bahagian aku.. Tp tu la, nk jaga tertib pengantin n mekap punye psl, tpaksa perut kami berlapar. Lauk sedap2 dpn mate, jd pemuas nafsu mkn org lain je.. Org lain tu pulak, jns yg xde perasaan belas kt pengantin, sampai tongkeng ayam pun x tinggal tau. Kek 3 tgkt pun kami smpt rs secubit j, tu pun sbb nk amik gamba.. Kalau x, alamat potong aje la jwpnye (menurut sumber yg boleh dipercayai, ade jiran siap bwk setingkat kek kami masuk rmh dia..Haish! Emang Dasar tut.. kakakkakaka). Bukan ape, pak andam kami tu siap pesan.. mkn skit2 j tau, nnti mekap rosak, nk photo shoot.... Hmm... Sian kami laki bini.. Sebaik kt belah aku j.. Kt belah hubby, sempoi. Pas sanding n tuka gaun.. bila tibe waktu mkn beradap.. Tu dia aih!! Pengantin pompuan siap bukak sarung tgn, pulun cukup2 hidangan mkn pakai tgn je.. Xtoleh kiri kanan lg dah sbb serik terkena kt tmpt sendiri. Ko nk photo shoot k ape ke.. tunggu aku pulun cecukup dulu na...kakakkaka.. Rerasanya ada la yg ngata tu.. tp, adakah aku kisah?? Akakkakakaka.....Xde maknanyer...
Eh.. dah kul bape ek? Alahai.. Stop dulu la.. ade keghoje nk dibuat... Nnti aku sambung lagi ~ yg sbenonye, idea dah susut.. huhuhu.. Salam sayang tulus ikhlas.. Skian mekasih ^__^

Sunday 19 June 2011

Aku, rabun N tudung....

Waktu darjah lima, aku dah stat rabun. Terpaksa la pakai spek. Uiii.. ms tu kalau pakai spek da kira bangga sesgt la ~ pada aku. Sbb kan x ramai yg ber'tuah' mcm tu. Konon2 nk la jadi org pertama pecah rekod pakai spek kt skolah, skali kwn aku si Azmizan dah pakai dulu.. alahai Mizan... Ko da potong jalan da.. Baru ingat nk glamer dulu kuikuikui.. Spek aku dulu spek plastik. Bingkai tebal warna jernih xsilap, bentuk pat segi, kut... So, korg bayang kan lah mcmane budak kulit hitam manis (k itam pekat kakakaka...), rambut xdak fringe (sng cite mcm botak depan la sbb asik ikat ke blakang j ~ mak aku mls nk style kan sbb bz ngn ank2 yg lain huhu), pakai spek... Hmm.. kan buruk tu huhu.. Tp.. ada aku kisah??!! Kakakakaka.. Janji aku stylo (kepala otak aku j yg pk mcm tu hahhahaha ~).. Sekolah menengah, aku tuka spek bingkai besi, tp punye lah bagak frame nye.. hampir sparuh muke aku tercover dek spek tu... Janji nmpk udah... ;P.. Time tu mana la tahu psl hi-index, multi coated pekemende tu sume.. Asal murah, xsusahkn ayah aku ngabihkan duit nya, kira ok la tu ek..

 Ce tgk spek aku (ms skolah menengah).. Bagak kan? kakaka... ---> gelakkan diri sendiri x ape kut hehe

Abih skolah menengah, aku dah stat keje kt Carrefour Subang Jaya.. Keje as Salesgirl kt Sinma sblm tukar k England Optical. Dr situ lah baru aku tau jns2 kanta, mahal murah, brand x brand, ctc lenses dan sbgnya. Tp spek besar still aku pakai sbb xdak duit lg nk tuka spek.. Hinggalah aku tuka kerja kt opis2, baru la aku tuka2 ikut kemmpuan dan mula berjinak2 ngn contact lense... Aku xbeli yg permanent punye sbb aku tahu aku mls.. Permanent kan leceh nk jaga pastu byk modal lak.. pncuci sdh pasti, protin dia lagi bla bla lg.. Mls ah.. Aku guna yg disposable j, yg xdak kaler.. Try dulu boleh k dak... Bila da ok, aku try plk yg berkaler. Tu pun aku cube lps da bertunang. Nk tahu kaler ape? Pd fikiran aku, kalau pakai kaler ctc lenses tp xnmpk kaler ape, baik xyah pakai.. Jd aku belasah kaler ijau terang mcm Incredible Hulk pnye kakakkakaka..... Smpai takut2 org dibuatnye bila tgk mate aku... GRRRRRRr.. dont make me angry ok!! Kakkaakaka... Da lame pastu, baru la aku tuka kaler yg soft n natural sket.. sampai bersanding pun aku guna kaler grey.. Mak @ pak andam siap puji lg kecantikan kaler ctc lenses aku tu ~ dia xpuji plk muke aku yg dia solek mcm opera cina sesat tu.. huhu.. ntah ape2 muke aku ms tu tau!! Tapi, bila da lama pakai ctc lenses, mate aku mcm ade problem plk.. Xleh pakai lelema mcm dulu. Pnh skali, ctc lenses aku terpusing ke dlm biji mata. Sebbaik kuar, kalau x kuar, alamat xtau la nk ckp ape.... Maka aku pn stat guna spek balik, tp kali ni yg comel sket dr dedulu smpai la skang ni... Ctc lenses msh aku pakai, tu pun bile aku rs rajin nk pakai j... Skang kn lg byk pilihan, nk buat mate nmpk bsr, nmpk pelik, nmpk buta, sume ade.. Ade duit, sume kaler boleh cube kan kan en. hubby ~  :D

Psl tudung... Hmm.. Aku ni ms skolah menengah dah stat pakai tudung. Tp on off la.. On off smpai da kawin 4 5 thn gak la until now baru aku on slalu bila nk kuar. Ingat lg ms bebaru kawin, pakmertua siap pesan kat laki aku suh aku pakai tudung.. Aku hormat dan aku ikut. Tp bila kt kg hubby, aku still on off lg bile k halaman rmhnya.. Sebbaik dorg pn ok Alhamdulillah. Mekasih mak abh of Adela... :).

Cite psl tudung ni, korg pernah x ade mslh tudung korg meragam? Huiss.. aku selalu dulu.. Aku pernah rabakkan tudung skolah sbb degil nau. Org dah lmbat nk g skolah ni, boleh dia buat hal terkelepet sane, terkelepet sini.. Geram pnye psl, aku 'Incredible Hulk' kan tudung tu.. sudahnya, aku ponteng skolah satu hari sbb nk jahit balik tudung yg aku da rabakkan tu kakkakaka. Gitu jugak ms bebaru kawin.. Slalu aku gaduh ngn laki aku sbb wasting time mbetulkan tudung bawal yg ssh nk lekat leklok. Mekap pn x amik ms lame mcm nk betulkn tudung (sbb aku mmg kurang bermekap ~ xreti mekap sgt pun :P). Kite ni kn nk perfect di mata sendiri (pdhl org lain tgk, ok j).. Oleh sbb mls nk layan karenah birokrasi tudung-tudungan tu, aku wat style n slogan baru ~ Selekeh is my policy wahahaha.. Lantak la tudung nk jd ape, asal aku x buang ms lg. Sampai adik aku ckp, kdg2 gaya aku ni mcm bibik j warghhhhh.. sob..sob.. Sebbek pastu ade tudung psg siap.. just sarung je.. so, dpt la aku cover sket gaya aku... ~ dan malas aku hehehe.. But now, Alhamdulillah.. Sejak diperkeknalkan ngn tudung syria (e eh.. mcm iklan plak ek..), aku rs lebih serasi ngn beliau.. Step by step aku meng'vogue'kan diri aku ngn tudung mcm tu dan jg shawl trend2 skarang.. Pdhl dulu aku pelik n xsuke sggh nk mbelit selendang@shawl.. Gpun GM da dkt, kalau nk koleksi shawl or syria baru, aku just g kedai adik angkat aku n dpt harge spesel kt situ ngeh ngeh...

Kalau korg nk tgk shawl n cara penggayaan shawl, korg tgk kt link di bwh ek... Aku pn msh 'budak baru belajar.. amik galah, tolong jolokkan.. ewah2... udah2 la tu cik Fazila oii.. Salam adios n babai ^__^  
http://www.hijab-boutique.com/index.php/products

Makna sebalik nama...

Aku suka tgk link ni ~ http://www.kabalarians.com .. Just for fun....Jgn percaya pulak, terpesong lak akidah nnti.. like i said ~ just for fun ;P

Your First Name of: Fazila

  • The name of Fazila creates a friendly, sociable, charming nature, but causes you to be too easily influenced by others.
     
  • While you find it easy to meet and mix, and can appear agreeable and compromising in conversation, you can become unbending and forceful if pressed too far.
     
  • Others learn that you cannot be told what to do and you seldom change your mind once it is made up.
     
  • You prefer situations that allow a degree of independence, but are reluctant to take on a demanding work-load or responsibility.
  • Although the name Fazila creates the urge to understand and help others, we stress that it causes a blunt expression that alienates others.
     
  • This name, when combined with the last name, can frustrate happiness, contentment, and success, as well as cause health weaknesses in the fluid systems, and tension or accidents to the head.

memori 'daun pisang'...

Tajuk jejiwang... Sbb?? Catchy la kekonon hahahahaha ~

FYI, aku ni dah nk celebrate 10 thn UlangTahunPerkahwinan ngn hubby tersayang pd 22hb Jun ni. Tak tau celebrate k x sbb da 9 kali yg lps, sekali j kitorg celebrate hr bertuah tu. Kerja hubby yg mmg bkn di darat jd salah 1 penyebab hr tersebut xbersambut. Kecik ati? Ade le jg sbb hubby aku ni bkn nye jns yg romantik sgt.. Romantik skit2 aje  :) ~ jd la kan ^__^.. Ms bercinta dulu, berjela2 surat (dah sama tebal ngn kamus dewan) dia anta siap ngn kaset lg. Dah kawin anak 2 ni, nk dpt kad ucapan sekeping (especially bila xde kt darat la) pun ssh nk nmpk bayang huhuhu... Xpelah.. yang penting dia sayang kt aku ngn ank2 habis2an..

Crita perkenalan kami very the sempoi.. Kenal online j. Dedulu kan meriah ngn MIRC.. Tp org dulu nyer chat xsama mcm org skarang. Dedulu lebih jujur dan telus (mcm slogan polis plak ;p).. Nick kami pun nk dkt2 sama. Aku guna 'gadis77', dia guna 'zali72'.. Rsnye kami sama2 desperate kut kakakakaka... Manakan x, aku ms tu dah 23thn, adik aku plk dah 'langkah bendul' aku, kan xptt tu kan kan. Yg hubby plk dia dah 28, jns yg mmg pemalu sgt2 n xde ms@brani nk dating.. 1st time kami jumpe kt Central Market j..Tu pn lps dah beberapa lama borak kt tel. Yg klakanya, dia yg dr Tanjung Malim, naik bas, dah sampai... Aku yg kt PJ, masih 'kroh kroh' kt umh... "Elok sgt la pangai pompuan ni" --> mgkn itu lah yg hubby ckp ms dia telefon tanye aku kt mane haha.. 1st impression aku tgk hubby, "Ya Allah... pehal mamat ni?? Rmbt pjg (bru turun kapal la katakan).. Badan kurus kering.. Mata merah.. Isap dadah k ape?" kakakkaa..Jahat kan fikiran aku. Nk buat camane, dah itu rupe hubby aku ms tu.. Tp 'mamat'@hubby aku ni mmg terbaik. Layan j karenah aku ajak men boling walaupun dia sblm ni tgk lane boling pun xpnh. Beberapa kali jumpa, last2 dia branikn jg luah isi hati dia, tu pun dlm komuter ms anta aku balik ke stesen Kg. Dato' Harun lps berbuka dan shopping baju raya bersama di KL. "I Love You" dibisikkan dlm keadaan klam kabut bila tren da btl2 sampai kt stesen.. Terdengar jelas suara dia menggeletar ms ayat tu dilafazkn. Aku balik rmh, walaupun berjalan kaki dlm beberapa ratus meter dr stesen, dgn senyum sengih dan rs melayang ~ wah, gitu!! Confirm la aku ngn dia berkasih.. Eh, tp jgn xtahu, aku da lawa tau lps abis skolah kakaka... Kalau x, xkn hubby xlena tido, xlalu mkn kalau xdenga suara aku kt telefon stiap hari. Bil sampai ribu riban lg... ahhaha.. dan aku rs, hubby aku luahkan perkataan tu segera bila aku gitau ada org nk masuk minang aku (ank pak imam asal dr Kelantan - xnk la aku..sesuka hati j nk bertunang ngn aku lps da sakit kan ati aku. Ko da terkena ngn ex girl fren ko 2 kali, baru ko nmpk kebaikan aku.. pigi dah!!)... 

Dipendekkan cerita... Lps 3 bln kenal2, kayakn Telekom dan bwk mak abah dia dtg beraya k rmh aku (siap bwkkn mercun sbg buah tgn ~ atas permintaan aku sndiri, kn raya... akakka) kami pun bertunang. Lps tu baru lah aku fhm keadaan keje dia yg sbena.. Excited la jgk sbb xpnh sumo idup aku knl n dpt naik kapal kargo.. Eh, nnti aku sambung la ek.. pnt la.. Lgpun aku takut pnt2 aku taip byk2 nih skali xleh nk post plk.. kan buang karen namanya kan kan.. Babai ^_^

Friday 17 June 2011

Pet

Aku suka haiwan yg comel.. Tp mgkn k dorg yg tak suka kat aku.. Kenapa ek?? Bebaru ni aku cube membela sekor 'Sugar Glider' @ tupai terbang yg diberikan nama Messi. Memang comel. Mmg cute. Mmg manja. Baru berusia 5bln. Tp umur dia xpanjang. Dia mati genap 10 hari kami membelanya. Mmg mengejutkan sbb pagi tu dia sihat bermain2 ngn hubby. Sempat aku beri dia minum ditapak tangan wat kali terakhir sblm dia menggelepar mati.. Sedih.. Walaupun bak kate hubby dah sampai ajal dia, tp hati ttp trase kehilangannya. Kami 3 branak (wt my boy n girl), menangis teresak2 ms 'kebumi'kn dia di belakang rumah.. Emosi sgguh ms tu. Aku ckp kt ank2, 'kita xkan bela apa2 lg lepas ni'.. sbb kami xnak ulang lagi kesedihan yg sama. Tu baru pet yg mati... kalau salah sorg dari kami??? Ntah tahap mana kesedihan tu, xdpt aku nk gambarkan.. Nauzubillah. Walaupun ajal dan maut pasti tiba, jgn la kami dihimpit kesedihan yg keterlaluan, amin!

Petua orang tua

http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html

Suka lagu ini.. enjoy!! ..

<< Aku wanita punya hati nurani yang tak dapat dibohongi.. Pabila cinta tlah membutakan mata dan membuat tuli telinga >>

Masa kenit-kenit

Atas skali pic ngn mak dan adik2 aku yg 3 teratas.. kt blakang tu rasanya pakcik aku, tp xpasti pakcik yg mane hehehe... Tgh tu la kami 3 bradik ngn mak ayah.. slim kan.. menten mcm tu smpai la dorg ade 7 ank.. Bawah plk pic ms umo bape thn ntah.. yg nyato, aku memang golap dr kocik huhuuhu

Bermula di sini...

Starting hidup aku xla menarik sgt.. Sebagai ank sulong dr 7 beradik, aku x rasa aku ni ank kesayangan kut.. Dgn bilangan adik2 yg ramai, mak ayah cube bagi kemudahan yg terbaik tuk kami. Walaupun xsehebat org lain, tp aku rasa mak ayah berjaya gak meng'hidup'kan kami 7 bradik yg bermacam karenah.

Zaman kanak-kanak aku penuh kaler.. Cakap je ape jenis permainan kg yg ada, semua aku dah rasa cume mgkn nama aje yg berbeza ikut negeri msg2. Stakat panjat pokok atau bumbung, main rakit dlm longkang, tu sume perkara 'enteng' bg tomboi mcm aku. Sape nk heran kalau kulit itam longot ms kecik di panah terik matahari asalkan hati puas dpt menang main konda-kondi atau galah panjang. Lagi best kalau lepas tu ade aksi carut mencarut atau kejar mengejar sbb xpuas hati.. Maklum lah budak2 ganas, sume nk menang xkira lelaki or pompuan.. hehe... Pengalaman xleh lupa bila aku menyorok blakang jamban rumah jiran sbb xnk g skolah ms darjah satu (sbb xsiap keje skolah n cikgu aku plk - Pn. Ainon, grg mcm singa).. Ingatkan lepas, skali mak aku dpt tgkp bila dia kebetulan lalu kt situ dan sergah aku dr belakang.. Akibatnya, aku dibelasah teruk oleh ayah pd mlm tu.. Sejak tu aku serik nk buat lgi,, huhu.. berbirat la juga bdn aku 2 3 hr..Fyi, aku ni pemalas sket (k banyak?? hahaha) sampai pernah kena kejar ngn mak keliling rmh sbb aku 'terhempas' adik aku dr buai.. Mcmane? Ala, kalau budak dah jns nk main aje kejenyer, skali kena suruh enjut adik dlm buai, dia kasi enjut kaw-kaw la... skali ngn aku kena kaw-kaw ngn mak. Padan muka aku! :P

Aku ni kategori mmg xsweet lgsg ms kecik sampai la sekolah menengah. Sampai laki aku pernah ckp "Kalau abg jumpe ila ms dulu2, abg pun xnk kt ila..." Ada k patut?? :(.. Tp mmg aku sendiri admit, aku mmg x lawa pun huhuhuu.... Skarang pun x la lawa sgt, tp boleh lah.. hehee..  Sbb tu aku xde sape nk minat. Kalau stakat cinta monyet tu, ada lah sorg budak xcukup umo ms sek ren dulu, tu pun sbb dia jeles tgk abg dia bercinta, dia pun nk tunjuk skill la anta surat cinta kat aku.. kakakkakakaka... Layan j la.. Nama pun 'monyet' kan..

Kenangan masa sekolah pun xbyk sbb aku jns low profile. Kalau ada pun takat join kelab underground jer la.. Yg xfemes mcm PRS. Pangkat paling besor pn cume Pengawas sek ren ngn Librarian sek men.. huhu... Aku cume dpt amik SPM j. Walaupun keputusan agk bagus (walaupun plan nk fail hahahaaha) tp aku xberpeluang msuk IPT. Mgkn sbb xde galakan dr famili dan aku sendiri yg xtahu nk cari peluang sbb xde guidance dr sesape. So abis SPM aku terus keje. 1st job sbg Salesgirl/Cashier kt Sinma.. Mmg aku suffer gile ms keje kt situ. Gaji da la RM450. keje dr kul 10pg - 10mlm...Mmg miskin hina la ms tu sampai nk beli pad yg sbulan skali pn xmampu tau (nangis bila kenang balik memori ni)... Step by step aku mula dpt keje opis.. merasa la sume keje admin, acct, customer supporter, import export organizer etc... Umo 23 dah dpt kete sendiri wpun cume Kancil. Yang penting aku dpt bantu mak ayah aku tuk bebrapa tahun sebelum dan selepas aku kahwin dan berenti kerja atas pemintaan mr. Hubby. Ckp pasal hubby.. Nnti bebila la aku cite kan start dr sume ex-s sampai la saat aku mengenali dia.. babai.. ~

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers